Thursday, July 15, 2010
Sayang Dalam Diam...
Lyn hanya mampu menyimpan perasaan ini dalam hati Lyn tanpa sesape pun yang tau.Lyn sedar sape diri Lyn.Lyn tak layak untuk mengenal erti cinta kerana Lyn tak pernah fight untuk orang yang Lyn sayang.Lyn selalu membiarkan cinta yang datang pergi begitu saja.Sampai bila hidup Lyn nk fobia dengan cinta,entahla…Lyn rasa Lyn mampu membahagiakan seseorang tu tapi apa daya Lyn bila Dia tidak memberi Lyn peluang…Dia hadir di saat Lyn memerlukan teman namun akhirnya Dia tinggalkan Lyn di saat hati ini mula sayang pada Dia.Ya Allah,berat sungguh ujianMu.Puas sudah hati ini menangis,merintih dan berdoa namun,Dia tak pernah kembali semula.Aku tetap bersyukur Ya Allah kerana memberi aku rasa apa maknanya kasih.Walaupun hanya seketika,tapi ia cukup bermakna buatku kerana mungkin lepas ini aku tak dapat merasa lagi perasaan yang sama.Aku bersyukur kerana sekurang-kurangnya aku pernah bahagia bersama Dia.Setelah Dia berlalu pergi,kau tak pernah membiarkan diri ini kesunyian tanpa teman.Kau kurnaikan aku lebih ramai teman untuk menjadi pengubat pilu.Terima kasih,Ya Allah…Namun,hati ini tetap hancur mengenang Dia yang Lyn sayangi.Ya Allah,aku harap Dia dapat merasa kerinduanku pada Dia.Meskipun,mungkin suatu hari nanti Lyn akan melupakan Dia tapi perasaan sayang ini tetap milik dia.Dia muncul ketika Lyn hampir kecundang dan rebah dengan dugaan yang datang melanda.Kewujudan Dia juga yang buat Lyn mampu berdiri sampai hari ini.Diri ini sedang berdusta jika Lyn mengaku diri Lyn tabah.Tidak!!!!Aku masih menyayangi Dia,Ya Allah.aku berdusta,Ya Allah.Aku bercerekarama seolah-olah dia tidak wujud di ingatan aku lagi sedangkan hampir setiap saat dia berada di kotak fikiranku.Aku masih ingat pada saat nafas dia seiring dengan nafasku.Hati ini kadang kala tertanya…ingatkah dia padaku?Gadis yang ckup menyayangi diri dia.Tahukah dia,hati aku blum lagi berubah.Aku tau,aku bodoh.Meratapi dan mengenangkan orang yg tak pernah mempunyai perasaan pd diriku melainkan perasaan benci.Hina rasanya diri ini bila dia menyatakan dia marah pada diri ini.Ya Allah, tolonglah aku.Tidak pernah pun terlintas di hatiku ingin menyinggung perasaan dia.Tidak walaupun sejenak.Ya Allah,knapa,Ya Allah…Aku tidak diberi peluang bersama dia.Aku tau yang cinta mahupun sayang x semestinya memiliki atau bersama tp aku teringin merasa dilindungi di samping dia.Namun segalanya kini terpahat dalam sanubariku kerana Dia pernah melindungi diri ini suatu ketika dulu.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)

No comments:
Post a Comment